Tuesday, September 30, 2014

20 facts about Aisyah KZ

sebenarnya aku tengah rindu bff's aku sebenarnya ni..jadi aku pun buatlah 20 facts pasal dorang nie dalam private diary dalam handset aku...sebenarnya kan...benda ni mencabar tahu...berpeluh keringat jugalah nak facts pasal dorang nie...tapi pasal Aisyah KZ nie tak susah sangat...sebab boleh tahu juga peragai dia macam mana...aku kongsi 20 je r...ikutkan banyak lagi pasal mek ni


1)  anak bongsu daripada 4 beradik..dia ada 2 kakak and 1 abang
2)  budak hot stuff zaman sekolah menengah aku...dari budak form 1 sampai senior boleh kata semua kenal dia ni..sungguh aku tak tipu *segan nak ngaku member dengan orang femes sebab sendiri tak femes*
3)  dia ni punya r lemah lembut, sopan santun gila..kalau nak mencarut pun, carut benda comman2 je..like bengong, teruk, sengal *boleh nampak kan sopan dia camne*
4)  pernah jadi penolong batch Vanguard 0509 *reason kenapa aku jadi baik sedikit*
5)  walaupun kurus orangnya tapi tangan dia bapak tembam..montel gila..siapa entah start panggil dia potato..sebab tangan dia bulat cam kentang...ahahahaha
6)  suka gila make up...suka belajar make up...dari neutral, smoky and so on la...lepas tu dia memang usha habis2 pasal benda2 make up nie...lip balm mana baik, bb cream mana okay..sungguh tak tipu
7)  peminat Lee Min Ho...apa2 mesti Lee Min Ho...haha
8)  suka cakap diri dia dah gemuk...padahal tak pun okay...kering macam tu juga..sebab tu malas nak layan..hahahaha..bunyi cam kejam tapi dia dah tahu aku tak nak layan dia kalau dia cakap macam tu
9)  kalau dia dah sayang orang tu...bapak payah dia nak move on...serious...susah gila dia nak move on..take years okay?
10)  suka gila memasak...even baking too..*calon2 bakal menantu pilihan*
11)  suka juga mengemas...mop rumah 2 hari sekali, kemas rumah setiap pagi and so on *sungguh calon menantu pilihan*
12)  dulu dia terer main basketball..sampai sekarang kot sebab dia still lagi main basketball dekat egypt sana...
13)  teman gossip paling setia...cerita dari benda comman sampailah ke sedalam2 cerita boleh pergi dia
14)  cengeng juga orangnya..cepat nangis kalau sedih ke apa
15)  dia anak mak..apa2 cerita dengan mak dia...and dia baik gak dengan abang dia..siap boleh main gigit2 kepala abang dia lagi kalau bergurau
16)kuat gila nagging...kira dia num 2 r selepas ibu aku yang suka bebel dekat aku...hahaaha
17)creative juga orangnya...tulisan dia kemas gila..*walaupun dia cakap tulisan dia buruk*...
18)  rajin sangat orangnya...dia rajin study yeee...walaupun dia kata dia malas...hahaha
19)  dia baru bela seekor kucing nama Luna...kucing beli dekat mesir sana hahh
20)  dia bff aku yang setia ada dengan aku even aku sedih, aku gembira, aku nak bergossip and so on

beb, aku sayang kau sebenarnya tapi jangan harap aku nak cakap depan kau...kalau kau terbaca benda alah ni baru kau tahu...ahahahahahahahahahahahah...muahhhh

bye bye


rasanya dah boleh cuci tangan, boleh gantung kayu and boleh berambus..orang cakap sometime we need to sacrifice something just to be happy...DECIDED enough...in sha Allah...this time betul punya...gua rasa cukuplah kot...gua just rindu geng hoki sekolah menengah je...

apa kau rasa walaupun kau sekadar keeper tapi kawan kau, geng kau yang lain yang terer gila main tak pernah abaikan kau?  apa kau rasa bila kau terkengkang seseorang nak masuk padang ni, and ada orang pimpin kau?  

"yana, kau okay tak?"
"yana aku tak bolehlah defend kalau bukan kau keeper,"
"nasib baik yana bagi semangat masa short corner tadi, aku dah rasa macam nak mati..lama gila kot game tadi"
"yana, kau main macam main game semalam tahu..memang terbaik sgt dah kau jaga goal semalam...aku harapkan kau ni...kitorang harapakan kau ni,"

lepastu bila dah habis game...apa kau rasa bila orang keep bagi kau nasihat dalam keadaan tak annoying..and apabila orang bagi kau compliment walaupun performance kau teruk heck?

"weyh terima kasih tahan bola tadi tahu,"
"weyh, nasib baik kau ada ker..nasib baik kau tahan bola tadi..kalau tak, aku rasa bola tu dah goal,"
"weyh, terbaik r goal tadi..cantik kot,"

that type of compliment, kata2 semangat yang aku belajar dari geng hoki zaman sekolah...setiap team harus bergaduh punyalah...harus punya...sumpah wajib...team kitorang pun berbalah kot...kes paling teruk sebab nak cari gaduh dengan sekolah lain...sampai berbelah dua geng...but at the end, game esok tu, kau boleh duduk, buat formation sesama then main kaw2 sepenuh hati...maybe kami semua sebaya..tapi bukan tak ada budak lain dalam team tu...dari start f2 bawak ke f5, budak tu setia je dalam team...if dia tak ada, terasa r team tak ke mana walaupun kitorang tak sama batch...

maybe problem datang dari aku sendiri...mungkin tetapi kalau dah abaikan perasaan orang lain...abaikan pandangan orang lain...asyik nak salahkan orang lain...kedekut nak mampus for any compliment ke apa...aku rasa tak salah aku fikir cam tu rasanya...sekali dah menyampah, sekian terima kasih...btw tak ada beza pun zaman sekolah dengan zaman latest nie...tetiap petang turun training, lepak sesama bagai tapi entahlah..maybe dah tua ni perasaan tu lain macam sikit kot

sebabkan dulu ada problem terjadi..lepas tu everything become nonsense...dulu sini r tempat kau release tension..sinilah tempat kau gelak2 lepas penat belajar...sinilah tempat yang kau tak sabar2 nak pergi lepas kelas...but no more...bak kata orang juga lagi r kan...kalau dah tiada keistimewaannya, baiklah kau lepaskan, baiklah kau berambus awal sebelum hati kau semakin sakit, sebelum kau lagi terluka...bab problem jadi tu paling aku tak boleh terima sekali tapi benda dah jadi...walaupun kau kenal mungkin lama...every night lepak sesama ke apa..itu tak menjamin kau kenal hati budi orang tu..tak jamin orang tu tahap sensitif dia macam mana...aku ambil iktibar atas benda ni...serius2

tak apalah...orang baru pun makin ramai...nak cri life sikit...lagi2 dah tahun 4 nie..kena r berjimba habis2an..lepas nie dh tak ada masa nak berjimba kan..




Monday, September 22, 2014

calling duration


okay ini sumber dari 9 gag...btw sebenarnya nak cakap pasal yang part perempuan tu je..maybe betul r semua tu kot...most of girls like to talk and keep talk and keep call sebenarnya but me is not...i rather to misscall back or just texting..hahahahahahahaha...nak borak2 sampai 2 hari 2 malam dah kenapa?boleh keras idea tahu cakap lelama nie...ngeeee

dream house

assalammualaikum and a very good morning since now is 10 a.m here in melaka...

well, dah masuk tahun 4 nie...dah go through practical bagai, buat aku makin terfikir pasal masa depan...nanti nak duduk rumah sewa lagi, housemates baru lagi, kerja nak kena bayar duit minyak kereta, bil letrik, bil air bagai...hahh apa lagi...banyak la...tapi lately ni aku suka terfikir about rumah idaman r senang cerita...tak payah idaman sangat...cukup r jenis rumah yang aku berkenan...

gambar rumah idaman 1 lantai

Hahhh atas ni contoh rumah idaman boleh kata most of people..aku pun tengok berkenan tapi bila aku consider balik tahap kemalasan dan ketidak retian aku nak mengemas ni...baik aku pilih jalan selamat...kalau nak rumah macam nie...tunggu r masa kau ada duit, boleh upah bibik bersihkan rumah...serious serious..

actually aku minat betei jenis rumah dinding glasses macam tu...dulu masa duduk rumah kat pahang, selalu merempit ngan member baik aku, zati or adik aku pergi merayap tengok rumah orang2 kaya kat situ...kebetulan once merempit, terjumpa pula rumah guna wall glasses...apa kau rasa?masa tu r start berkenan ye...jakun sikit masa tu sebab selama ni jumpa rumah semua dinding batu or kayu...

hidup 22 tahun setakat nie, alhamdulillah r kan...banyak aku usha...lagi2 pesen rumah aku berkenan...well, boleh kata matlamat or goal aku for later...cukup r aku ada rumah sendiri...ciri2 rumah dia mestilah:
  1. rumah teres
  2. tak payah besar2, cukup r sekadar selesa untuk duduk berdua
  3. kalau boleh 1 tingkat..takut nak duduk dua tingkat nie
  4. dapur pun biarlah selesa nak melangkah..tak de r nanti nak bergerak sikit bergeser dengan peti ais la apa la
kau tahu sebab apa aku nak rumah teres?aku pernah stay umah makcik aku..dia beli rumah apartmen dekat shah alam...payah gila bila bab nak buang sampah...kau kena angkat sampah tu tetiap ari bawa turun ke tong sampah besar kat luar...lepas tu nak sidai baju pun payah..kalau sidai dekat balcony ke apa..takut nanti orang atas tengah siram2 pokok bunga, dengan baju2 kita disangka pokok bunga nanti...umah makcik aku selesa je..sungguh tapi side2 dia tu je buat aku fikir, aku mahukan rumah teres...kondominium tu entah r...just pada aku, selesa lagilah rumah teres

pasal 1 tingkat pula...well, sebenarnya malas nak ulang alik atas bawah je...lagipun kalau duduk sesorang ke berdua ke...duduk bertingkat nie rasa dia seriau semacam...hahaha

hahh contoh cam nie ke..ni aku ambil dari mr google je..boleh r kan walaupun sekadar illustration saja...itu secara overall ye r...nanti dalam2, nak bilik air ada bath tub ke, nak dapur ada meja batu tengah2 ke, oven lekat sekali ngan kabinet ke or whatsoever...tu boleh fikir kemudian...haha

20 facts about me


okay sebenarnya hari tu kawan aku ada tagged aku pasal that kind of 20 facts about me kat instagram...since aku rasa cam laka je nak post kat ig, so, aku post la dekat blog sendiri nie...so, this is 20 facts about me *byk kot 20 ni sebenarnya*

1.  anak sulung dalam family and have lil brother yang dah kerja *chef assistant beb*

2.  payah nak demam tapi cukup alah ngan habuk..resdung la katakan..so selsema selalu r kena

3.  really love cats...serious suka gila kucing

4.  but don't like kids...lagi2 yang bebudak pesen nakal gila minta kena cubit tu..tu lg menyampah

5.  tak suka pergi makan or jalan sesorang...rela duduk meringkuk dalam rumah dari keluar sesorang

6.  senang nak tegur2 dengan orang but really take time to feel comfortable with them..quite long time

7.  susah nak buat kawan baik...rapat tu rapat but totally baik yang kenal who I am tu payah..I only have 4 someone i closed to or boleh cakap bff jugaklah...cukup lah kan

8.  orang cakap muka aku ikut ibu aku..copy and paste totally like my mum

9.  not romantic person...sangatlah tidak

10.  i love hockey so much but now, that passion is still there, just don't find anymore interest to play it *if you know what i had go through*

11.  seorang yang cepat gila naik angin and marah but cepat cool down

12.  sorry, but my intonation sometime sound like i angry or mad but actually, it is the way i talk *cant change*

13. maksud nama aku is cahaya kelembutan but physically I'm not...kasar gila and for those aku really feel comfort with, lagi aku tak suka nak tunjuk sopan2...either in words or action

14.  tapi sebenarnya aku cepat goyang juga dari sudut emosional, cepat terasa..kecik2 selalu merajuk..dah besar, nak kena terajang ke merajuk2?so hanya membiarkan dan ubat hati sendiri...

15.  really have difficulties to express myself..especially when missing someone..aku akan jawab main2 or jawab sambil lewa but sebenarnya aku rindu je...

16.  seorang yang suka fikir jauh, fikir dalam2, and suka fikir senang cerita...

17.  trying to be tidy person...tengah belajar nie..sebabnya roomate aku pengemas gila..and i feel it while duduk seorang2...

18.  suka masak but for myself je r and juga for someone that i feel that berbaloi r aku masak untuk dorang

19.  used to really love pink but then used to really hate pink...but now, just so so je lah

20.  last one...i am kpoper okay...dulu tak suka tapi once suka gila and my favorite group until now is SUPER JUNIOR..biarlah depa dah tua ke apa..kisah pula aku...yang penting dorang tetap my favorite

tak sampai suku lah dari aku sebenarnya but still it is...so, challenge is accepted

Sunday, September 21, 2014

welcome back super junior


welcome back my handsome men...well dah lama gila tak update pasal kpop aku rasa kat blog nie...bukan apa...sejak Leeteuk masuk army, super junior pun dah tak ada keluar lagu baru...i mean super junior...yeay aku tahu donghae and eunhyuk ada keluar lagu baru...super junior M pun ada keluar lagu baru...even henry pun dah di'establish' as artist solo SM...

mamacita...nice song and that part of ayayayaya memang melekat gila...yang penting semua handsome...and another yang penting...welcome back to group kangin....and hye hye to leeteuk and heechul...leeteuk makin handsome seh..okay itu post lain pula...acah2 mexican semua...sedih juga tak ada yesung but will waiting for you...fighting


practical experience

assalammualaikum

okay actually almost 1 month aku habis practical selama 10 weeks...aku practical dekat melaka ni je hahh...and I'm da only one from my class there...aku kenal seorang je dak utem itupun sebab persatuan sama and kenal gitu2 je...well we're the first batch..seramai 5 orang..4 utem and another one is from politeknik ganu...esok tu mai lagi sorang hah...seminggu after that a.k.a minggu first ramadhan, another 2 internships students came...sorang uthm, sorang uum...3 minggu kemudian, the last intership student from uitm shah alam...kami semua background lelain...but most of them are electronic students...
memula masuk, kena masuk meeting...kau tahu perasaan orang yang tak tahu apa2 langsung, lepas tu masuk meeting...tengok depa debat, gaduh, bincang and so on?kami bebudak trainees just look among ourselves...keras doe kat situ...lepas tu ikut p.i.c memasing...semua membawa diri pergi tempat memasing...
first week started memahami flow syarikat...first week juga kami bebudak trainees have lunch together...owh btw, total up are 9 (sebenarnya ada seorang lagi tapi peragai macam hare so tak nak dia jadi geng)...1 meja kau kumpul reramai...aku ni kena sumbat bahagian Quality System...atas nama lain, documentation...ada kena handle project ZDP...macam audit r benda alah tu...sebulan buat tu okay lagi r...tapi project aku 1 je menyampah dia...bila kena bagi procedure dekat senior2 yang terasa mereka senior sangat...and this type of project really need good communication, patience and ready to face people that will annoyed you...ini serious...aku rasa aku belajar bersabar dari sini juga...sakit hati tahan sekejap...lepas tu siap bebudak praktikal lain r kena hadap aku bebel, meluahkan perasaan...
dari atas:acap, rizal, naqib, hasnah, lia, wani, aku and effa

inilah bebudak praktil yang sama2 berjuang dengan aku menghabiskan that 10 weeks together...yeap kami ramai perempuan dari lelaki...mereka ni lah yang tukang tadah telinga bila aku serabut or tak puas hati...sebenarnya bukan aku seorang buat macam tu...kami semua did a same thing..haha..so kira tak ada r aku seorang je yang stress kerja ke apa kan...hahaha...sebenarnya tempat kerja kitorang okay je...tapi biasa r...semua tempat tak perfect...even dalam friendship, relationship sekalipun ada je hal dia...inikan pula syarikat yang penuh dengan pelbagai bangsa,kaum, and peragai jenis2 orang...
well, aku pernah ye kena stayback sampai pukul 3 pagi...dorang cakap dah macam operator kena kerja sampai tengah malam...dorang cakap macam kena gunakan je dengan orang atas...tapi sebetulnya...terus terang apa aku fikir...memang betul pun macam digunakan...tapi aku take another side...kau tahu apa aku boleh belajar dari situ?aku belajar tentang machine...aku belajar tentang how operators do their work...beside aku boleh review cara dorang kerja by using ergonomic knowledge..walaupun tinggal sikit je knowledge ergonomic aku but still, aku rasa berguna kot...and for me, it helps me to open my eyes regarding how real industrial works environment...
tapi terus terang aku cakap...benda yang paling buat aku rasa aku mampu untk teruskan pergi kerja is this kind of friendship and friends i have there...kau tahu masa aku nak present my interships, bebudak nie keep on say good luck..bebudak ni siap tolong itu and ini...after settle present...dua ekor budak ni terus ajak aku lepak pergi cafe...dia tahu aku rasa stuffy gila...haha..bila aku kena buat zdp, dorang je yang support aku...sampai kekadang, aku suruh dorang je buat...at least dorang buat tanpa banyak tanya and tak menyakitkan hati...
okay itu je lah kot nak bebel about my internship kind of environment

practicalmates part 1-buka puasa bersama

memula aku masuk dekat SA dekat melaka ni, aku tak kenal seorang pun bebudak dekat sini...eh tak silap, kenal seorang, budak sama persatuan dengan aku tapi aku tak rapat dengan dia...hari first masuk, just a short briefing among us sebelum dipanggil masuk dalam meeting..heck betei...tak faham langsung apa yang dorang gaduhkan and bincangkan...kami 5 orang just keep staring to each other sambil angkat2 bahu tanda tak paham biji butir...
masuk hari kedua...well, start to have conversation together...start doing work and start to learn...and seterusnya macam tu sampai finally we have about 9 intership students...ramai kan?  3 laki and 6 perempuan...well, for this 10 weeks, yeap I have a seriously amazing and happening friends...first our hang out is by berbuka puas bersama...wuhuuuu...tudia...disebabkan masih berkenalan but kami still okay...boleh r nak bahan2, boleh r nak gelak2..masa tu baru 3 minggu kot tak silap aku..ke sebulan..macam tu la...sebelum puasa tu, kami sempat r lunch bersama2 dalam seminggu tu...tak janji okay,, tak janji tapi budak laki dua orang tu tunggu je kami..so we can have lunch together...so, start with that, seminggu tu, mmg makan wajib semua budak praktikal sesama










Tuesday, August 5, 2014

sukipt 2014

marilah kita throwback sikit sukipt2014...kisah pasal sukipt nie...aku nak jadi sukarelawan sebab dapat duit...siapa tak nak duit bhai...dengan classmate kononnya...sekali dia cancel last minit bhai...dah gua sesorang...al maklum r...diri ni pun tak de r reti bergaul sgt...so, keras juga r memula tu tak de member...masa kursus tu banyak ponteng and lari balik umah acu...masa dah start kerja tak boleh r boh...dah pepagi buta naik bas, hadap jammed dalam sejam 2 baru sampai UIA...duduk kat UITM shah alam tapi tak paham kenapa venue ye kat UIA...maybe UIA tak cukup tempat penginapan...

sikit2 reti r gua buat membe...itu pun starter sebab kena tinggal jalan sesorang masa kat sunway pyramid...gua tengok elok je geng budak laki ada, follow je r sekali...start itulah baru nak berkenalan...baru nak sapa sepak terajang dengan bebudak laki...kalau tak segan kemain nak menegur ye...seronok jaga line badminton ni sebenarnya sebab seronok tengok orang main badminton...biasa memalam main ngan budak kelas main bebodoh je...ni baru r boleh implement ilmu2 masa belajar main...hahahaha...

kongsi gambar sikit dengan geng2 sukarelawan sukipt2014













konvoi raya VG0509 2014


assalammualaikum..

pergh...bukan apa la tapi berhabuk sangat bhai aku punya blog..tak per r..ni aku nak cuci sikit la blog aku nie...well, banyak sangat benda jadi sepanjang tak berluah perasaan dalam blog nie sebenarnya...macam2 sangat tapi tu later r..nak update dulu benda yang da latest jadi selain dari practical punya stories la kan...

tak silap aku r...start 2010 dah mula dah aktiviti konvoi bebudak VG0509 nie...dia bukan apa...kisah dia nama pun sekolah kat pahang...so, memang rodonghood sangat la set2 pahang ye...2010 tu start bebudak perempuan je...al maklum r..aku pun takde r kamcing kaw2 ngan budak laki ye...so, plan konvoi raya sesama gegirl je r...then next year tu...hah dah start dah konvoi kereta...dia punya location tak lari jauh pun...maran, jengka, temerloh, jerantut...hahhh tu kalau kumpul tu, boleh r cicah 5,6 kereta...memasing dah berkereta aokmer...tu senang sgt nak ngajok berkonvoi tu...

so masuk tahun nie, dah 3 tahun la aktiviti konvoi raya diteruskan oleh legasi VG0509...route dia tetap sama tapi ada r tambah 2, 3 rumah bebudak nie yang tak pernah kena serbu lagi...so, tahun nie punya cerita...cukup r 8 rumah serbu...itu pun last pukul 10...pergh macam raya sehari je...tapi mekaseh r rodong semua ngajok...lepaih ni dah kerja, tak tahu la kan...maybe konvoi kahwin pula?in sha Allah...









Tuesday, July 15, 2014

habuk berkepuk

assalammualaikum...

weyh berhabuk ye bak ang....dust everywhere...hahaaha...serious...bukan takde masa tapi tak teringat langsung dengan kewujudan blog nie...and juga tadi masa nak buka blog nie, dia punya laman web pun lupa okay? nampak tak betapa lama tak lama ye tak buka tu...hahhh, rasanya almost, 1 sem juga r tak buka blog nie...in this 1 full sem, macam2 jadi...sedih, gembira...semua...biasa r...nama pun kehidupan kan...LIFE...bila masa pula life dipenuhkan dengan happy things je...tak seronok langsung life tanpa sebarang jatuh, sebarang kesedihan...tapi nanti r cerita...sekarang dah subuh, so, Selamat Berpuasa la yeee...kita ni dah masuk fasa kedua bulan ramadhan...lagi sikit, masuk fasa ketiga pula....alhamdulillah...semoga kita dapat meneruskan lagi puasa kita di bulan ramadhan ini...in sha Allah...

cc pic to the owner...thank you

Wednesday, February 19, 2014

tired with your treat

mungkin bila kau dah rapat dengan orang tu..kau kena terima bila dia buang kau saat dia jumpa orang lain...serious kau kena ready awal2...bukan apa, ini untuk masa akan datang...kalau kau tak ready, nanti kau sakit hati...lagi2 bila kau takde orang nak share benda tu...kau simpan sesorang...then mula rasa nak menangi, rasa nak baling barang, rasa nak tumbuk orang, rasa nak buat semua benda yang tak berfaaedah...
tapi sebenarnya, aku tak kisah pun kalau kau dah jumpa orang lain ke apa...tapi at least jangan r over sangat treat kau tu...nie nak bercakap pun cover2...nak berborak pun cam lalu tak lalu...serious ini siot gila feeling dia...
kalau korang ada apa2 sekalipun...at least treat biasa tak boleh?perlu pula la cover sampai tahap takut jealous bagai tu?serious la weiiii..sentap bhaii...kau kenal aku lama mana...rasa ketidakadilan berlaku di situ...sangat ye...okay araso...kita nie siapa je..kawan biasa maybe..but still friend...tak perlu jaga hati kawan ke?...ermmm...ye r...masa tak menentukan kita kenal orang tu takat mana..maybe kau rasa kau cukup kenal dia...tapi bila terjadi something..."eh2...dah siapa pula dia nie"...hurmmm...manusia can change...sesenangnya...tak payah tengok jauh...tengok yang adooo depan mata ni cukup la hah...
so hati, perasaan...be tough kay?kehidupan...adatlah tu...orang senang, orang lupakan kita...orang susah, gagau cari kita...hurmmm...reflect ke diri sendiri juga la nie...just go on with the life..as long as you have someone that you can relay, you can depend on beside your parents...tak payah ramai sangat..cukup yang kau tahu dia ada dengan kau saat kau susah, saat kau senang...

i like that treat

ye memang aku suka pun di'treat' like this...sebelum nie dah kena..nie dah kena..i never know you will be like this..tapi sebenarnya aku pernah je terkena ngan kau..cuma tak de r seteruk like what happen recently...biasa r..orang luar..mana leh masuk geng...lagi2 nak banding..memang jauh macam langit dan bumi...sangat..tu buat macam tak kenal kan?macam tak de kaitan langsung...makan hati pun jadi cam tak termakan hati dah...sebetulnya...really tawar hati dengan kau...takpe r..kau go on je r dengan cara hidup kau...member ramai..takde hal r...masalah boleh dishare ngan semua member tu...what u want to do...do it...kau jatuh, ramai boleh sambut...kau berdiri pun ramai sekali ngan kau...